
Gathering Geng Blogger akan berlangsung esok bersamaan 10 July 2010 dengan temanyer "Unlocking The Secret Of Your Childhood Memories". Lokasi adalah Putrajaya Challenge Park (abaikan lokasi dekat poster diatas). Berikut merupakan tentatif program Gathering Geng Blogger tersebut.
9.00-10.00 : Pendaftaran
10.00-1.00 : Suai kenal + games!!
1.00-3.00 : Makan + solat
3.00-4.00 : Sharing session
4.00-5.00 : Aktiviti bebas
Walaupun aku tak kenal (secara personal) dengan sesape dalam Gathering Geng Blogger esok, tapi aku bantai pi jer lah. Aku tengok macam ramai jer yang sama situasi dengan aku. Lagipun tempat menarik. Dekat Putrajaya Challenge Park. Tak silap nih tempat wall climbing. Kalau buat aktiviti wall climbing esok memang lah sangat menarik. Jadi, kepada sesiapa yang duduk area Bandar Seri Putra atau Bukit Mahkota, boleh carpool sekali. Ada jalan shortcut pergi sana. Hehe.