Mengapa Keris Perlu Diperasap?

Seorang kawan pernah menanyakan kepada saya mengapa keris perlu diperasap?. Saya telah pun menjawab persoalan beliau melalui email dan saya rasa ada baiknya jika saya turut berkongsi jawapan itu kepada umum.

Keris

 

Memperasapkan keris adalah bertujuan untuk mewangikan keris tersebut. Seperti mana manusia mandi dengan sabun untuk mewangikan badan mereka, keris pula dimandikan dengan asap kemenyan kerana bau wangi yang dikeluarkan oleh kemenyan apabila dibakar. Timbul persoalan, mengapa tak gunakan pewangi lain? Ini kerana, pada zaman dahulu minyak wangi masih belum wujud. Jadi kebanyakan sumber wangian datangnya dari kemenyan yang pada masa dahulunya banyak dibawa oleh saudagar-saudagar arab ketika berdagang di Tanah Melayu.

Timbul juga persoalan mengapa dalam banyak-banyak senjata Melayu, hanya keris yang diperasapkan. Ini kerana, fungsi keris bukan sahaja sebagai senjata untuk mempertahankan diri, tetapi keris juga banyak digunakan dalam adat-istiadat kebesaran orang Melayu. Kita dapat lihat keris fungsi keris itu sendiri apabila digunakan oleh Sultan-sultan ketika upacara pertabalan. UMNO juga sering menayangkan keris yang menjadi simbol parti itu sendiri. Oleh kerana keris sering digunakan dalam upacara-upacara sebegini, keris itu akan dimandikan dan diperasapkan tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan keris itu berada dalam keadaan terbaik.

Saya tidak menolak pertuduhan yang mengatakan memperasapkan keris ini ada memasukkan unsur syirik. Ini memang terjadi kerana ada sebahagian individu menggunakan upacara memperasapkan keris ini untuk tujuan pemujaan. Lebih-lebih lagi asap merupakan makanan jin yang Allah jadikan daripada api kerana asap juga berasal daripada unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman yang sedap, makanan yang hangat, buah-buahan lazat dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Tetapi sebagai umat Islam, kita perlulah berfikiran rasional dan menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik ini.

Masyarakat Melayu memang sinonim dengan senjata keris ini kerana asal-usul keris itu sendiri berasal dari bangsa Melayu. Sebagai pertubuhan silat, adalah merupakan kewajipan untuk mengajar ahli-ahlinya tentang cara menggunakan keris dengan betul tidak hanya dengan tujuan untuk berlawan, tetapi dari aspek seni tari keris itu sendiri yang indah dimata orang yang tahu menilainya.



 
You are here:

Photography Services

  • Wedding
  • Portrait
  • Event

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com