Lirik dan Chord

Anuar Zain - Sedetik Lebih Lirik dan Chord

Lirik dan Chord kali ini adalah untuk lagu dari Anuar Zain yang terbaru iaitu Sedetik Lebih. Nampaknya otak aku dah tak dapat berfikir secara normal lagi. Aku pun tak tahu macamana aku boleh minat lagu Anuar Zain. Tapi ini mungkin lagu pertama dan terakhir dari beliau yang aku minat.

Lirik dan Chord Anuar Zain Sedetik Lebih

Read more...
 

Man Bai - Kau Ilhamku Lirik Dan Chord

Sepanjang aku hidup selama berpuluh-puluh tahun (padahal 20 tahun je) kat Malaysia nih, lagu Melayu yang paling evergreen sekali dan terkenal di saantero dunia yang aku pernah dengar adalah lagu dari abang Man Bai kita yakni Kau Ilhamku.

Man Bai - Kau Ilhamku Lirik dan Chord

Read more...
 

Jang Geun Suk - My Precious Lyrics and Chord

Oh no!!! Macam mana aku boleh buat chord untuk lagu korea pulak nih? Memang diluar dugaan sungguh. Tapi sebab lagu dia aku suka dengar, so aku maafkan diri aku sendiri.

Jang Geun Suk - My Precious Lyrics

Read more...
 

Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia Lirik dan Chord

Dah lama sangat tak buat chord. Baru-baru nih tak ada masa nak main gitar sebab banyak benda yang mengganggu pemikiran. Tapi nasib baik masalah dah setel satu persatu. Jadi sekarang ni tengah dalam proses untuk menuju ke kehidupan yang baru. 

Projek Pistol Wanita Seluruh Dunia

Read more...
 

Pesawat - Mesti Mau Lirik Dan Chord

Yeahhhh!!! Ini adalah lagu favourite aku untuk tahun ni. First time dengar masa tengok iklan twisties. Lagu macam best tapi tak expect rupanya lagu ini datangnya dari kumpulan pesawat dengan tajuk lagu mesti mau. Ingat setakat lagu tema iklan jer.

Pesawat Mesti Mau Lirik dan Chord

Read more...
 

Monoloque dan Atilia - Kekanda Adinda Lirik dan Chord

Monoloque memang tak putus-putus lagi menghasilkan lagu  yang lain dari yang lain. Kali ni monoloque bergandingan pula dengan Atilia untuk lagu Kekanda Adinda yang merupakan OST untuk cerita 8 bulan. Lagu yang comel nih tengah top dekat carta radio sekarang. As expected from my favourite song writer and composer. Hehe.

Monoloque dan Atilia - Kanda Dinda Lirik dan Chord

Read more...
 

Disagree - Haley Lirik Dan Chord

Disagree Haley Lyric and Chord

Aku sungguh pelik. Setelah menantikan sekian lama untuk orang buat lirik lagu Haley dari band Disagree, tapi masih tak ada orang yang buat. Lagu ni popular kot. Dah la album Disagree yang muatkan lagu nih menang Best Local English Album masa AIM 2010, tapi still tak ada orang yang nak sumbangkan lirik.

Read more...
 

Faizal Tahir - Hanyut Lirik

Faizal Tahir 
Hanyut

Lirik untuk lagu hanyut nyanyian Faizal Tahir dari album terbaru beliau, Adrenalin. Seperti biasa, Lagu yang disampaikan Faizal Tahir tak pernah membuatkan aku berasa bosan.


Read more...
 

Dakmie - Dua Jiwa Lirik Dan Chord

Dakmie Dua Jiwa 
Lirik

Satu lagi lirik dan chord dari lagu nyanyian dakmie yang bertajuk dua jiwa telah berjaya dihasilkan oleh ku. Lagu ni pun tak kurang sedap dari lagu Yang Terindah nyanyian dakmie. Tapi sebab lagu ni tak masuk dalam siri adamaya, so dia tak popular sangat. Style lagu Dua Jiwa ni pun lebih kurang sama dengan Yang Terindah.

Read more...
 

Lirik Dan Chord Dakmie - Yang Terindah (OST Adamaya)

Lirik Dakmie - Yang Terindah

Adamaya (betul ke aku eja ek?), satu siri drama yang tengah hot sekarang ini sehingga kalau setiap kali berborak dengan gadis-gadis diluar sana, mesti perkataan adamaya akan terpacul keluar dari bibir monggel mereka. Mungkin disebabkan terdapat banyak babak-babak "soo suuwittt!!" dalam siri ini yang menyebabkan cerita ini mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh pemudi-pemudi (pemudi sahaja) tanah air.

Read more...
 

Lirik Dan Chord Kayant & Intan Nor Saina - Bulan

Lirik Dan Chord Kayant dan Intan - BulanLagu Bulan dari Kayant dan Intan Nor Saina merupakan OST untuk filem Hooperz jugak seperti post yang lalu. Sedikit sipnopsis movie ini (walaupun tak pernah tengok pun), membariskan pelakon2 yang terdiri dari gadis-gadis comel (Angkatan Gadis Comel, AGC) seperti juliana evans, ..., ... dan errr... kawan2 juliana evans.

Read more...
 

Lirik Dan Chord API - Pelita

Lirik dan Chord Api - Pelita

Satu lagi hasil kerja terbaik dari Loque Butterfinger. Lagu bertajuk Pelita ini merupakan OST untuk movie Hooperz dan dinyanyikan oleh sekumpulan budak-budak indie yang dianggotai Noh Hujan, Lan Typewritter, Din Homatov Estranged, Imran OBS, AJ Pop Shuvit dan LoQue MonoloQue/Butterfingers. Nama band pun Angkatan Pemuda Indie (API).

Read more...
 

Lirik dan Chord Pesawat - Mirage

Lirik dan chord pesawat mirage

Chord dan Lirik kali ni datang dari band indie iaitu Pesawat dengan lagu Mirage. Harap anda semua terhibur.


Read more...
 

Lirik dan Chord Jay Jay - Permaisuriku

Chord dan Lirik Jay Jay Permaisuriku

Kembali ke zaman 90an dengan lirik dan chord untuk lagu Jay Jay dengan tajuk Permaisuriku.

p/s: best la plak kalau kadang-kadang layan lagu lama

Read more...
 

Chord Dan Lirik Aizat - Susun Silang Kata

chord dan 
lirik aizat susun silang kata

Ini merupakan chord dan lirik untuk lagu terbaru Aizat dengan tajuk Susun Silang Kata. Chord ni dah dibuat lama dulu tapi tak berkesempatan untuk post :)

Read more...
 

Lirik Dan Chord Sleeq - Cun Saja

Lirik dan Chord lagu untuk post ini diekstrak dari kumpulan Sleeq (Kumpulan ape nih? Tak pernah dengar pun!!!) dengan tajuk lagu Cun Saja. Rentak R&B dia dengan selamba badaknya telah diakustikkan oleh aku. Try la chord nih, agak best jugak la lagu dia.

Read more...
 

Chord Dan Lirik Nidji - Dosakah Aku

Chord dan lirik ke dua untuk hari ini datang dari band Nidji lagi dengan lagu Dosakah Aku. Memang penganggur tegar. Kerja buat chord hari-hari. Boleh jadi composer kalau terus macam ni.


Read more...
 

Lirik Dan Chord Nidji - Sang Mantan

Lirik dan chord lagu kali ini didatangi khas dari Indonesia, Nidji - Sang Mantan. Aku baru saja download pagi tadi lepas tu terus cari chord dan lirik dia dekat internet. 

Read more...
 

Lirik dan Chord Faizal Tahir - Selamat Malam

Faizal Tahir - Selamat MalamHari ini dalam sejarah. Aku dah post kat blog buat kali ke 3 dalam masa seminggu. Ini merupakan pencapaian yang sangat mengagumkan sebab biasanya blog ini akan diupdate 2 bulan sekali. Adakah ini kesan sampingan akibat aktiviti pengangguran dirumah yang sangat bosan disebabkan astro tak ada sajian yang menarik masuk tahun 2010 nih?

Read more...
 

Lirik dan Chord Akim AF7 - Bengang

Akim AF BengangPost pertama aku buat tahun 2010. Rasa macam dah bertahun tak update blog. Sebab kalau takde lagu baru yang bleh buat chord aku memang malas nak update. Tapi lepas nih, aku akan kembangkan lagi scope blog nih dengan masukkan topik-topik lain selain chord gitar. hehehe..

Read more...
 

Lirik dan Chord Bunkface - Through My Window

BunkfaceThis is my first chord for English song but still is sing by a local band, Bunkface. The song is called Through My Window. They really did a good job this time. I like this one a lot more than Situasi and Silly Lily.

Read more...
 

Lirik dan Chord Estranged - Ketika Ini

EstrangedSemalam merupakan hari bersejarah buat aku dan kawan-kawan sejurusan taktala terlucutnya ikatan yang tercipta antara kami dengan Final Year Projek (FYP) yang telah ditakdirkan sejak bergelar pelajar tahun akhir di Universiti Teknologi Petronas yang tidak membenarkan perkahwinan sesama scholar.

Read more...
 

Lirik dan Kord Yasin - Nur Kasih

Nur Amina Nur KasihAkhirnya, dapat jugak aku tengok cerita Nur Kasih episod 18. Sebelum ni sibuk sangat dengan Final Year Project dan assignment. Tapi tadi baru lepas present FYP jadi malam ini agak free untuk membuat benda-benda yang boleh membuang masa.

Read more...
 

Lirik dan Kord Faizal Tahir - Bercinta

Faizal TahirArtist - Faizal Tahir
Song   - Bercinta
Chord Author - Pakker

Read more...
 

Lirik dan Kord Alif OIAM - Jangan Nakal

Alif OIAMArtist - Alif OIAM
Song   - Jangan Nakal
Chord Author - Pakker

Read more...
 

Lirik Dan Chord Tomok - Rindu Terhenti

Nih merupakan post pertama aku kat blog azizie.com yang baru nih. Tak tahu nak post ape kat blog, jadi aku buat keputusan nak kasi chord lagu rindu terhenti nyanyian Tomok atau nama tak glemernya, Shah Indrawan. Tak sangka aku akan buat chord lagu untuk mamat nih. Dulu aku dengan member-member aku punyalah kutuk dia. Member aku siap baling telur lagi masa tomok buat persembahan kat shopping complex dulu. Tapi tahniah kepada tomok kerana telah mengambil pengajaran dari peristiwa dibaling bermacam-macam benda dari telur hinggalah ke batu dari lelaki-lelaki yang cuba mempertahankan martabat kaum lelaki dari terus tercemar oleh lagu-lagu nyanyiannya dan rakan-rakannya atau lebih dikenali sebagai kumpulan budak lelaki hingusan, NewBoyz.

 
Tomok telah menunjukkan peningkatan prestasi yang mendadak dari segi kemantapan vokal dan genre nyanyian yang lebih kearah muzik indonesia. Tak macam dulu ketika Tomok bersama NewBoyz yang mana genre nyanyiannya lebih kearah rock kapak tangkap leleh versi budak tak matang. Tahniah Tomok kerana telah mengembalikan kembali maruah lelaki yang kau cemarkan ketika kau masih kecil dulu. Oleh itu, terimalah chord lagu Rindu Terhenti nyanyian tomok ini dari aku.


Chord Tomok - Rindu Terhenti

A          A
telahku tinggalkan
A            D
memori silam ku itu
A       A
tidakku biarkan
A           D
hidupku dibelit pilu
Bm              D
walau duka menampan dada
Bm              D
walau sepi mancalar hati

rindu ku terhenti


A        A
ku pinggirkan sayu
         D
yang meruntuhkan pintu
Dm
kasih tulus ku biar berlalu
A               A
ku pinggirkan lara
             D
yang berpaut dijiwa
Dm
ku teruskan hidup tanpa dia

Bm              D  
padahnya lama dahulu
D
hilang tak berganti
Bm               Em
cinta tiba cinta pergi

biarlah satu hati


Bm              D
walau duka menampan dada
Bm              D
walau sepi mancalar hati

rindu ku terhenti

A        A
ku pinggirkan sayu
         D
yang meruntuhkan pintu
Dm
kasih dulu ku biar berlalu
A               A
ku pinggirkan lara
             D
yang berpaut dijiwa
Dm
ku teruskan hidup tanpa dia

Bm              D  
padahnya lama dahulu
D
hilang tak berganti
Bm               Em
cinta tiba cinta pergi

biarlah satu hati

Bm                  D
ku lupa kanmu jua disini
Bm              Dm
sedih kau pergi menjauhi


A        A
ku pinggirkan sayu
         D
yang meruntuhkan pintu
Dm
kasih dulu ku biar berlalu

A               A
ku pinggirkan lara
             D
yang berpaut dijiwa
Dm
ku teruskan hidup tanpa dia

Bm              D  
padahnya lama dahulu
D
hilang tak berganti
Bm               Em
cinta tiba cinta pergi

biarlah satu hati

 
You are here:

Photography Services

  • Wedding
  • Portrait
  • Event

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com