Michael Jakson, matinya Raja Pop Dunia yang sempat memeluk Islam disaat-saat akhir kehidupannya. Kematian yang menjadi satu fenomena dunia. Sebagai seorang Muslim, agak janggal untuk menyambut kematian seorang saudara Muslim yang lain dengan konsert Mega. Sedikit-sebanyak, aku yakin ada orang diluar sana turut mempunyai pandangan sama. Tetapi itu dari perspektif aku, golongan minoriti. Rata-rata peminat MJ bersetuju dengan konsert ini dan merupakan langkah harus untuk memperingati bakat beliau dalam persada seni.

Konsert untuk kematian, kamu rasa relevan atau tidak?
Fenomena ini juga mengingatkan aku tentang Puteri Diana yang mana kematian beliau turut mendapat sambutan yang lebih kurang sama dengan Michael Jackson. Kebetulan yang boleh diambil kira, Puteri Diana juga dikatakan memeluk Islam sebelum terbabit dalam kemalangan. Apa-apapun, kedua-dua ikon ini terkenal aktif dengan aktiviti kebajikan sepanjang hayat mereka.

Kematian dua ikon yang membangkitkan fenomena
Semoga Michael Jackson dirahmati Allah dan semoga peminat-peminatnya berfikir kenapa beliau mengambil langkah memeluk Islam.